~penghuni ~ ^___^'

Tuesday, December 16, 2014

belum tiba waktunya

kadang terlupa
kadang terbuai
kadang terhanyut oleh perasaan.

lupa apa yang harus aku lakukan.
bagaimana zayani atiqah sebenarnya

setiap langkah,
setiap zayani lakukan.
bagai ada satu rotan didepannya.

mahu kekanan. aku ditolak ke kiri
mahu kedepan dihalang bagai ada binatang buas depan.

aku lebih rela jauh,
supaya jauh dari murka Allah
jauh dari apa yang tak sepatutnya aku lakukan.

mahu yang dulu?
berikan situasi dulu padaku
jangan kau hiaskan dengan perhiasan moden di depan mata

bagi aku ruang.
biar boleh berpikir sejenak
boleh sistem ini di reset semula
oh bukan. tidak.
aku tak mahu memory aku hilang

setiap memori
masih segar diingatan,

setiap permasalahan.
masih disimpan di memori ini,
aku cuba buang semua.
tidak, ia masih disitu
bagai antibodi.
menghalang diri sendiri dari lakukan kesalahan yang sama.
haha,
dan aku makin hilang kau.

ada didepan mata,
ada disekeliling
tapi fikiran seperti di ruang angkasa

boleh aku biarkan kau lakukan apa kau mahu
jadi biar aku lakukan apa aku mahu.
argh jangan jadi bodoh zayani.
kau tahu Allah tak suka semua itu.

ikut hati mati
syaitan dan nafsu sedang berkerja keras
sedang cuba sedaya mungkin
meruntuhkan lagi satu dinding yang sudah lama kau pertahankan.

lawan. kau harus kuat.
sabar.
belum tiba masanya

niat kena betul
tujuan dan arah kena menuju kearah Allah
jangan matlamat menghalalkan cara

kuat zayani atiqah.
pegang rasa anugerah Allah ini
jika benar rasa ini dari Nya,
kau mampu.
kau kuat
kau boleh lawan si syaitan gemuk itu.
jadikan kau lagi gemuk darinya.
bila tiba masanya.
buat la apa kau mahu
apa yang selama ini terbuku..

cuma sekarang.
jangan dekat.
nanti aku lupa
nanti aku alpa.

mata-mata mula memandang sinis.
jangan timbul fitnah
takut kau lemah lalu jatuh untuk hadapinya.

pejam celik, pejam celik
semua akan berakhir
sekali lagi aku ingatkan kau zayani atiqah.
jaga tingkah laku.
jaga nama keluarga
jaga diri.
aku sayang kau zayani atiqah


yang benar,
yayan

Thursday, November 6, 2014

lemas

percaya,
ya,aku percayakan kau,
apa sahaja,
kata-kata
perlakuan.
apa sahaja aku percaya

yakin
ya, aku yakin pada kau
takkan bergoyang pokok,
kalau tak ada angin.
lapuk,
pokok tak perlu angin untuk bergoyang,
cukup kalau kau langgar,

rasa ingin lepaskan
tak tahu bagaimana,
rimas, 
belum tentu itu yang Allah dah tulis buatku.

lemas
cuma tak mahu rasa begini.
rasa apakah ini?
aku tak tahu
tak mahu tahu.

hidup la dengan cara kau,
berkawan dengan siapa kau mahu,
buat lah apa kau inginkan
ceritalah bila kau rasa perlu,
aku mahu beri kau ruang
jgn hilang kawan sebab ini

terpulang.
kau lebih tahu 
lebih tahu bagaimana nak kawal
kau tahu mana kau letak aku,
biar, aku pun patut tahu mana aku letak kau

aku mahu jadi seperti dulu, 
ada bila kau perlu

mulut ini selalu masin
walaupun selalu tak diendah kata2
tak, bukan kau yg tak endahkan aku
mereka, mereka2 yg kata perlu aku,
bila nasi jadi bubur, 
aku masih ada,
sentiasa
tak pernah berganjak
jangan risau.

Saturday, September 13, 2014

Konflik dalaman

aku masih kabur,
masih belum jelas,
dan tak kan pernah tahu,
betul atau salah,
salahkah percaturan aku?
apa yang sebenarnya terjadi?
siapa aku bagi dia?
siapa dia bagi aku?

kisah lalu buat aku terketar,
kadang aku berjalan tak menoleh
kadang aku merasakan sayu untuk meninggalkannya,
bukan tak mahu,
bukan jual mahal,
bukan apa-apa..
cuma rasa takut yang menyelubungi,
takut tak kesampaian,
bimbang kecundang,
aku takut akan bayang2 aku sendiri

Terlalu banyak aku jadi saksi,
Jadi tempat meluah rasa,
Mereka sakit kerana ini,
Mereka terluka kerana ini,
Aku taknak rasa apa mereka rasa,
Aku tak mampu lalui itu,
Aku tepis yang lain,
Jaga untuk yang satu,
Tetapi kau luluhkan aku,
Susunan jalan cerita masih rahsia,
Supaya bertahan sampai lafaz keramat,
Dan hingga akhir dengan redha Nya.

risau aku bukan terbaik,
tak terbaik buat kau,
Kerana memang aku tak pernah sempurna
tak kan jadi sempurna,
tapi aku cuba sempurnakan kita.

Trying my best.

Terima kasih

Thursday, September 4, 2014

Duapuluhenamenam

jatuh tak ditolak,
Disambut tanpa paksa,
Bagai angin berlalu lembut,
Tak terasa rupanya ditiup.

Pintu terbuka sedikit demi sedikit,
Membenarkan kau menjadi penghuni,
Jangan biarkan pintu itu terbiar terbuka,
Kau kunci rapat biar tak tercemar,
Jadikan ini tempat tinggalmu,
Hiaskanlah ia,cantikkanlah ia,
Supaya kau rasa ini syurga.
Kita pastikan ia sentiasa bersih,
Lakukan perubahan bila perlu,
Biar sentiasa lengkap tak terasa kosong.

Selamat datang penghuni pertama

**iklan
*menulis sebab termengidam aiskrim vanilla :D
**Assalamualaikum

Tuesday, June 10, 2014

i glad i have u

mungkin  takkan kau sedar,
ini untuk kau
aku bersyukur ada kau,
walau jauh,
walau dah berkurun tak berjumpa,
aku pun tak ingat birthday kau,
nak tanya malu,
kau ingat banyak benda pasal aku
maaf la aku pelupa,
aku bersyukur berpeluang kenal kau,
dari sekolah rendah
sampai sekarang
kita masih kawan
rindu nak gosip
rindu segala2nya
maaf aku tak ada bila kau perlu
aku banyak tak tahu pasal ko sekarang,
masa antara kisah sedih dalam hidup kau,
aku nak tanya,
tapi taknak bagi ko sedih,
goodluck untuk kau
duduk sana jauh2,
jaga diri,
belajar elok2.
anything bagitahu aku tau,
sbb aku mmg nama je kuat online
tapi tak pernah perasan benda2 penting

untuk anda yang saya kenal dari sekolah rendah, terima kash jadi kawan aku, dan still nak berkawan dengan aku.tak terungkap dengan jari ini. =( miss you so badly.

Friday, February 21, 2014

Hei sahabat

Hei sahabat
Sorry sbb dpt sahabat mcm aku
Sorry sbb aku pelupa
Sorry sbb aku mulut jahat
Sorry sbb hati aku tak macam kau
Sorry sbb xdpt puaskan hati kau
Sorry sbb tak sempurna

Aku cuba jd yg kau mahu
Cuba tahan peragai sebenar aku.
Tapi mungkin bukan itu yang ko mahu.

Sekali kau aku sakiti
Aku tak mahu yang kedua
Aku tak mahu yang ketiga
Maaf jika aku lakukan itu

Aku tak mahu kau yang rasa sakit dengan aku
Aku tak mahu kau jaga hati aku
Tak perlu.
Jangan.
Aku tak mahu kau sakit

Kau cukup baik bagi aku
Kau terlalu sempurna bg aku
Aku tak mahu cacatkan itu

Jika ada yang harus pergi
Jika ada yang harus berundur
Tolong jadikan aku org itu
Bukan kau.

Maaf sebab aku terlupa.
Maaf
Maaf 
;(

Tuesday, January 28, 2014

Pemilik

Aku tak punya apa
Kau tak punya apa
Ini milik Allah
Pujian itu kau berikan padaNya
Kita tak layak untuk itu
Segan menerima balasan atas apa yang bukan punya aku.
Hinaan kau beri biar pada tempat.yang salah itu aku.
Bukan dia. Mahupun Dia
Jangan kau libatkan mereka
Tempias sekalipun aku tak mahu mereka rasa
Cantik elok lukisan dunia Nya
Tersusun rapi laluan kita
Liku itu bukan cuba mencalar kulit halus mu.
Ia datang melukis peta dihati mu

Kini cara ku berbeza
Menulis pakai hati
Bukan pakai otak
Kau, jangan nafi apa kata hati
Otak kau punya akal menyisir rapi kekusutan itu
Biar aku dengan cara ku
Aku tak mahu liku jalan ku mengarit luka di hati mu.
Mulut bisu bukan tak bisa bicara
Cuma diulit supaya tidak merosakkan
Jangan kau hirau aku
Aku tak mahu itu.

Monday, January 27, 2014

Apa kau tunggu?

Tak pernah terdetik aku yang sempurna,
Kerna ini bukan milik aku,
Tak pernah terlintas hanya aku diberi dugaan,
Kerana masih ada yang lebih sensara dariku,

Bersyukur dugaan aku bukan bentuk nikmat,
Takut aku terlupa untuk sujud kepadaMu,
Dalam tidak sempurna kekadang jua aku alpa.

Nipis sungguh imanku,
Seperti berjalan diatas tali,
Bisa tergelincir sekelip mata,

Tak perlu syaitan membisik ditelinga,
Jika nafsu kau masih tak mampu nak lawan,
Sedarlah wahai manusia.
Sedarlah.

Thursday, January 16, 2014

Sabar wahai hati

Allah,
Jadikan aku dalam golongan yang sedikit itu,
Iaitu golongan yang sabar.
Masih dalam wuduk mu,
Tapi masih panas itu terasa,
dosaku terlampau banyak,
Sehingga tempias api neraka terasa di hati,
Astagfirullahalazim,
Perbanyakkan istighfar,
Maafkan aku,
Aku tak sengaja,
Sesungguhnya aku hanya manusia biasa.
Allah, Allah, Allah. ;(

click ,click!