~penghuni ~ ^___^'

Sunday, December 29, 2013

maaf

lain orang lain pemikiran
lain cara.
lain pendekatannya.

jika aku ukur tempoh hidup.
aku fikir kau cukup dewasa
cukup kepimpinannya.
kau makan lagi banyak garam dari aku.

tolong jangan jadikan alam maya bagai mampu ubah segalanya.
aku bukan stalker
aku bukan boleh ukur rasa hati jika kau tulis dengan perkataan.

lain org lain intonasi.
jangan nk buat anggapan.
aku tak sempurna
masih perlu yang orang sebut sebagai teguran

tak mungkin ada yang sempurna.
melainkan Yang Satu.

tolong hentikan sindiran umum
kerana kau terlupa ade orang sekeliling memerhati.

alangkah leganya hati jika kau bersuara.
aku tak peduli jika hati ku terluka.
itu lebih baik dari perhati bungkusan yang cantik dari luar.

aku tak berani nak dekat
nak rapat.
takut terbuat salah
aku terdiam. kelu.
tak boleh bersuara.
Allah sahaja yang faham bersalahnya aku
buat orang baik terasa.
aku tak tahu nak bertindak balas dengan tingkah laku.
maafkan aku
aku terlalu selesa
hingga terlupa ada hati lain patut ku jaga

maaf :'(

Tuesday, November 5, 2013

k.a.w.a.n

kawanbaik dan sahabat
dua-dua kawan
tapi kawan tak semestinya sahabat
tak semestinya kawanbaik

tak ada beza sahabat lelaki  dengan sahabat perempuan
kau kaum apa
saiz apa kau pakai
warna apa kulit kau

selagi kau dan dia sahabat
selagi tu tak akan terpisah
walau jarak berbatu-batu
walau kau tak bersua bertahun-tahun
takkan janggal
takkan hilang dia yang sebenar
dan akan muncul dia diwaktu kau perlu

dia takkan mengeluh
takkan mengungkit
takkan penat dengan kau

rela hati dia hulur tangan
bila kau jatuh
rela hati dia hulur bahu
bila kau sedih
rela hati jadi kaunselor
dengar segala aduan
rela jadi hantu
bila gila kau sampai

dengan dia hilang segala duka.
dia tukar jadi suka

tak ramai tapi menyeluruh
bisa jadi apa saja dengan kau
dia melekat taknak lepas
takkan berubah walau semua mengata kau
dia kenal kau sapa
dia tak jatuh dengan kata hasutan

Allah terima kasih kenalkan aku dengan mereka.
sedih aku.
tawa aku.
sakit aku.
korang sentiasa ada.
terima kasih anggap aku sahabat.
terima kasih anggap aku kawanbaik korg.
takkan pudar. insyaAllah

Thursday, October 24, 2013

.......

berat langkah ini.
kali ini aku takut hadapi dunia.
kau mampu lihat senyuman,
tanpa tak tahu apa yang terluka.

Thursday, September 19, 2013

Kosong

Aku ada disini
Berada dalam situasi
Tetapi
Hati kosong
Tanpa fokus

Jauh kau syaitan
Jangan dekat
Jangan jadikan aku teman mu.

Jangan mengalah wahai diri
Kau ada Allah yang Maha berkuasa
Takkan ada yang lebih berkuasa dari-Nya
Sesungguhnya hanya Dia yang mampu kabulkan segala

:)

Monday, September 16, 2013

Terhenti langkah

Dengar kaki melangkah
Satu demi satu langkah diatur
Tiba-tiba ritma itu berubah
Asing ditelinga
Berliku rupanya jalan ini.
Elak ke kiri kanan takut tempias,
Tetapi tangisan dari langit yang membasahi diri,

Kini berdiri diatas lopak,
Takut untuk melangkah
Biarkan diri basah,
Semoga kering semula
Semoga mampu melangkah semula

Sunday, September 15, 2013

Kusut

Dunia dan aku kian terpisah
Berdiri aku di depan mu
Tanpa nyawa
Tanpa akal
Tanpa jiwa
Hanya jasad.
Hanya wujud dari mata kasar.

Berkata-kata dari otak tanpa akal,
Sakit tanpa tapis
Tanpa fikir jiwa lain terluka.

Mendengar bagai sebuah mesin
Tak sempat larut dah jauh meninggalkan,
Lalu terkapai-kapai mencari logik.

Hati bagai celaru,
Otak bagai tepu, 
Aku tak mahu ini.
Aku tak mahu itu.
Aku mahu pergi jauh,
Tinggalkan rasa ini.

Aku bukan mahu lari
Aku mahu rasa ini hilang.

Allah. :(

Thursday, August 1, 2013

Sudut itu

Hati kata mahu
Hati kata rindu,

Tangan ku angkat menadah simpati
Di tikar sejadah memohon dari-Mu
Dosa aku ibarat gunung mencecah langit,
Layak kah aku meminta dari Mu?
Seringnya diri alpa dengan nikmat
Menagih ihsan hanya bila lemas.

Aku rindu sudut itu
Aku mahu jd yang itu
Tapi sakit dulu masih berdarah
Luka yang lama masih berbalut

Mungkin itu liku nya?
Allah kenapa baru ku sedar!
Bawa kembali aku ke jalan itu.
Akan ku tepis segalanya

Demi Mu
Demi Mu ya Allah

Langkah

Melangkah longlai
Bergetar lutut.
Aku cuba menghengsot kaki ini ke arah itu
Bagai ada rantai rakus menyentap aku untuk berhenti
Untuk aku berundur
Walau terjatuh menyembah bumi,
Tersungkur tercarik kulit kesakitan
Aku tak akan pernah berhenti

Terduduk aku sebentar
Merenung tajam ke lorong itu
Yakin masih ada cahaya
Aku cuba berdiri
Berdiri tegak mengumpul segala
Untuk melangkah terus

Aku akan berlari
Suatu hari nnt.

#Resam hidup anak jati
"Biar mati kerana mencuba
Bukan mati tanpa mencuba"

Saturday, July 20, 2013

aku

saya zayani
saya atiqah
saya yayan.
pelbagaian nama bukan merujuk kepada aku yang lain.
hanya aku.
hanya zayani atiqah
jangan cari sudut gelap ku.
akan tersirat penuh sesal kenali aku.
aku daif.
daif akan kehidupan kau.
tak perlu aku jika kau tak pernah perlu.
aku bukan parasit
jangan jadikan aku itu.

jangan tiba waktu itu kembali
aku boleh jadi manusia yang kau benci.
aku mampu
jika kau mahu.
aku akan buat kau menyesal.
kalau engkau minta.

aku akan tunaikan.

Thursday, July 18, 2013

Mendongak ke tanah

Angkuhnya dirimu melangkah mendongak
Bagai tiada liku langkah kakimu
Mungkin berada di atas terlalu lama
Buat diri mu berjalan diatas angin
Masih ada yang lebih atas dari kamu
Masih ada yang lebih berkuasa dari kamu

Dibawah bukan berarti gagal
Dibawah bukan untuk dipijak
Dibawah ini adalah jantung bantu otak mu berfungsi.

Jangan lupa untuk memandang tanah
Sesungguhnya dari situ kau datang
Dan disitu kau akan kembali.

Sunday, July 14, 2013

Ramadan kali ini

Assalamualaikum, Alhamdulillah kali ini aku gagahkan jugak update blog yg mcm berkurun jugak x update.
*update kali ini merupakan entry daripada phone sahaja. maceh
Kali ini ramadan datang lagi. Bersyukur sangat-sangat-sangat berjaya temui bulan mulia ni lagi. well banyak list-to-do this month.
1. perbanyakkan ibadah
2. tido awal. (except time cuti. mihihi)
3. belajar masak
4. kuih raya

tu antara yang boleh nk di bagi tahu dulu la. haha. okay bab masak memasak ni aku cuba rajinkan diri masak sahur,buka dengan bimbingan chef MAMA, setakat hampir seminggu ni..Alhamdulillah, ada yang sepenuhnya,ada yang separuh jalan je then xchef mama alter. hoho. tapi tak la hari2 masak ye daaak.
dan kuih2 raya ini akn bakal menyusul. fuhhhh berapa jenis tahun ni? ape request mama tersayang? kita kena tunggu sampai mama beli barang daaaaan! time tu! confem la tido aku akn terganggu. mihihi. takpe. janji jangan tinggal terawih yer kawan2 walaupun terawih sendiri kat rumah. tak lama pun.. tau tau tau. okay! selamat berpuasa! 
adios~

Saturday, January 19, 2013

Kematian Itu Pasti

Assalamualaikum.. kehadapan kekanda yang tercinta, adinda disini... opssss salah pula.

*kopi dan pasta semula
Assalamualaikum...kehadapan readers2 yang ciput,terima kasih kerana sudi menjenguk ke laman patik yang hina ini.
*************************************************************************************
entri ini merupakan entri SERIUS. aku Serius, xtipu.

pada 16.01.13 yang lalu..
petang tu aku sampai rumah dalam dekat 3jam perjalanan dari Batu Pahat ke Seremban. malam tu ada jiran panggil cakap mungkin adik sahabat aku meninggal dunia. 
dan memang betul masa perjalanan ke hospital arwah dah xde dah. 
Arwah digelar "bang Atan" ade kembar, Adin. bang Atan ni kena demam panas masa kecik kalau xsilap.*maafwehkalausalah kiranya dari kecil hanya mampu baring je, pembesaran dari segi ketinggian lebih kurang je cam Adin. fizikal dia kecik je, segala makan, minum, mandi dan segala-galanya famili dia yang uruskan..Adin dgn Atan ni kalau sorg xsihat, 2-2 xsihat.. kadang2 Adin lagi teruk. setelah 19tahun dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh. Allah lagi sayangkan dia.*akudahtakmampunaksambungtulispasaldia 


"acik.. jangan sedih2, nnt abg Atan sedih tengok acik.
 syurga tempat abg Atan acik, dia suci tanpa dosa, 
kite tahu acik kuat, Allah xkan beri ujian kalau kite xmampu hadapinya kan? "



KEMATIAN

itu pasti, tak mengira usia. 

permergian dia buat aku terpanggil mencari tentang kematian.
banyak persoalan yang muncul bila semakin banyak aku meneliti


kita tak tahu bila ajal kita ?

adakah kita dalam golongan yg akan perasan dengan tanda2 yang Allah berikan?
"acik ada cakap, dia berak2 sehari sebelum tu, then xnak makan .. tu salah satu tanda rupanya.."


adakah kita dalam golongan yg bijak atau tidak

akan kita pergi dengan tanda kematian dalam keadaan baik atau buruk?

mampukah kita nak melangkah ke alam yang lagi satu?

bersediakah kita ? dengan hidup masih terhuyung hayang?

macamana kesakitan mati itu?

.
.
.
.

lagi banyak sebenarnya persoalan yang muncul kat fikiran aku ni. semakin bertubi2. 

"muhasabah diri....
 jauhnya aku dari Allah..
inikan pula nk bau Syurga Allah"

yang mana agaknya kita?


walaupun kita dah sedia maklum 

"tiap-tiap yang berjiwa pasti akan mati"

cukupkah bekalan kita nanti? atau kita terlampau sibuk uruskan urusan dunia?

kita manusia biasa, sentiasa berada dalam serba kekurangan.
yang kadang-kadang terlupa tujuan asal kita dilahirkan kedunia ini..
hanya untuk beribadat, menghambakan diri kepada-NYA..
kita juga perlu diperingatkan, sentiasa.
perlukan bimbingan.

semua yang kita lakukan didunia ini semua sepatutnya "kerana Allah" 
"untuk Allah"
abdikan diri untuk Allah
manusia lemah ini banyak dosanya
ampunkan dosa hamba-hambamu ini
ampuni dosa seluruh umat Islam
beri kami petunjuk dan hidayah mu
agar sentiasa di jalan mu yang lurus


sepatutnya hanya Allah tempat aku meminta,
hanya Allah tempat aku mengadu,
hanya Allah tempat segala-galanya.
tiada ke-dua,tiada yang lain.
hanya Allah.



segalanya milik Allah
Setiap yang hidup akan kembali kepada-NYA



berbaktilah kita pada yang sepatutnya. jangan terlambat

jemput tekan link2 yang ada (yg warna hijau2 tu~) .menggigil kesejukkan jari ini menari untuk entri ini. link2 yang ada ni antara yang jadi bacaan aku. ini dan ini juga
mungkin ada yang sama-sama. 
tang lukisan pulak aku sangat minat Syabab Musafir Kasih 
dan yang ade bahan bacaan lagi menarik kongsi2 la erk. 

ini sahaja yang mampu aku kongsikan kali ini

terimakasihsebabsudibaca.
Assalamualaikum :)

click ,click!