~penghuni ~ ^___^'

Monday, January 27, 2014

Apa kau tunggu?

Tak pernah terdetik aku yang sempurna,
Kerna ini bukan milik aku,
Tak pernah terlintas hanya aku diberi dugaan,
Kerana masih ada yang lebih sensara dariku,

Bersyukur dugaan aku bukan bentuk nikmat,
Takut aku terlupa untuk sujud kepadaMu,
Dalam tidak sempurna kekadang jua aku alpa.

Nipis sungguh imanku,
Seperti berjalan diatas tali,
Bisa tergelincir sekelip mata,

Tak perlu syaitan membisik ditelinga,
Jika nafsu kau masih tak mampu nak lawan,
Sedarlah wahai manusia.
Sedarlah.

No comments:

Post a Comment

click ,click!