~penghuni ~ ^___^'

Thursday, November 6, 2014

lemas

percaya,
ya,aku percayakan kau,
apa sahaja,
kata-kata
perlakuan.
apa sahaja aku percaya

yakin
ya, aku yakin pada kau
takkan bergoyang pokok,
kalau tak ada angin.
lapuk,
pokok tak perlu angin untuk bergoyang,
cukup kalau kau langgar,

rasa ingin lepaskan
tak tahu bagaimana,
rimas, 
belum tentu itu yang Allah dah tulis buatku.

lemas
cuma tak mahu rasa begini.
rasa apakah ini?
aku tak tahu
tak mahu tahu.

hidup la dengan cara kau,
berkawan dengan siapa kau mahu,
buat lah apa kau inginkan
ceritalah bila kau rasa perlu,
aku mahu beri kau ruang
jgn hilang kawan sebab ini

terpulang.
kau lebih tahu 
lebih tahu bagaimana nak kawal
kau tahu mana kau letak aku,
biar, aku pun patut tahu mana aku letak kau

aku mahu jadi seperti dulu, 
ada bila kau perlu

mulut ini selalu masin
walaupun selalu tak diendah kata2
tak, bukan kau yg tak endahkan aku
mereka, mereka2 yg kata perlu aku,
bila nasi jadi bubur, 
aku masih ada,
sentiasa
tak pernah berganjak
jangan risau.

No comments:

Post a Comment

click ,click!