~penghuni ~ ^___^'

Saturday, July 20, 2013

aku

saya zayani
saya atiqah
saya yayan.
pelbagaian nama bukan merujuk kepada aku yang lain.
hanya aku.
hanya zayani atiqah
jangan cari sudut gelap ku.
akan tersirat penuh sesal kenali aku.
aku daif.
daif akan kehidupan kau.
tak perlu aku jika kau tak pernah perlu.
aku bukan parasit
jangan jadikan aku itu.

jangan tiba waktu itu kembali
aku boleh jadi manusia yang kau benci.
aku mampu
jika kau mahu.
aku akan buat kau menyesal.
kalau engkau minta.

aku akan tunaikan.

Thursday, July 18, 2013

Mendongak ke tanah

Angkuhnya dirimu melangkah mendongak
Bagai tiada liku langkah kakimu
Mungkin berada di atas terlalu lama
Buat diri mu berjalan diatas angin
Masih ada yang lebih atas dari kamu
Masih ada yang lebih berkuasa dari kamu

Dibawah bukan berarti gagal
Dibawah bukan untuk dipijak
Dibawah ini adalah jantung bantu otak mu berfungsi.

Jangan lupa untuk memandang tanah
Sesungguhnya dari situ kau datang
Dan disitu kau akan kembali.

Sunday, July 14, 2013

Ramadan kali ini

Assalamualaikum, Alhamdulillah kali ini aku gagahkan jugak update blog yg mcm berkurun jugak x update.
*update kali ini merupakan entry daripada phone sahaja. maceh
Kali ini ramadan datang lagi. Bersyukur sangat-sangat-sangat berjaya temui bulan mulia ni lagi. well banyak list-to-do this month.
1. perbanyakkan ibadah
2. tido awal. (except time cuti. mihihi)
3. belajar masak
4. kuih raya

tu antara yang boleh nk di bagi tahu dulu la. haha. okay bab masak memasak ni aku cuba rajinkan diri masak sahur,buka dengan bimbingan chef MAMA, setakat hampir seminggu ni..Alhamdulillah, ada yang sepenuhnya,ada yang separuh jalan je then xchef mama alter. hoho. tapi tak la hari2 masak ye daaak.
dan kuih2 raya ini akn bakal menyusul. fuhhhh berapa jenis tahun ni? ape request mama tersayang? kita kena tunggu sampai mama beli barang daaaaan! time tu! confem la tido aku akn terganggu. mihihi. takpe. janji jangan tinggal terawih yer kawan2 walaupun terawih sendiri kat rumah. tak lama pun.. tau tau tau. okay! selamat berpuasa! 
adios~

click ,click!