~penghuni ~ ^___^'

Saturday, September 13, 2014

Konflik dalaman

aku masih kabur,
masih belum jelas,
dan tak kan pernah tahu,
betul atau salah,
salahkah percaturan aku?
apa yang sebenarnya terjadi?
siapa aku bagi dia?
siapa dia bagi aku?

kisah lalu buat aku terketar,
kadang aku berjalan tak menoleh
kadang aku merasakan sayu untuk meninggalkannya,
bukan tak mahu,
bukan jual mahal,
bukan apa-apa..
cuma rasa takut yang menyelubungi,
takut tak kesampaian,
bimbang kecundang,
aku takut akan bayang2 aku sendiri

Terlalu banyak aku jadi saksi,
Jadi tempat meluah rasa,
Mereka sakit kerana ini,
Mereka terluka kerana ini,
Aku taknak rasa apa mereka rasa,
Aku tak mampu lalui itu,
Aku tepis yang lain,
Jaga untuk yang satu,
Tetapi kau luluhkan aku,
Susunan jalan cerita masih rahsia,
Supaya bertahan sampai lafaz keramat,
Dan hingga akhir dengan redha Nya.

risau aku bukan terbaik,
tak terbaik buat kau,
Kerana memang aku tak pernah sempurna
tak kan jadi sempurna,
tapi aku cuba sempurnakan kita.

Trying my best.

Terima kasih

Thursday, September 4, 2014

Duapuluhenamenam

jatuh tak ditolak,
Disambut tanpa paksa,
Bagai angin berlalu lembut,
Tak terasa rupanya ditiup.

Pintu terbuka sedikit demi sedikit,
Membenarkan kau menjadi penghuni,
Jangan biarkan pintu itu terbiar terbuka,
Kau kunci rapat biar tak tercemar,
Jadikan ini tempat tinggalmu,
Hiaskanlah ia,cantikkanlah ia,
Supaya kau rasa ini syurga.
Kita pastikan ia sentiasa bersih,
Lakukan perubahan bila perlu,
Biar sentiasa lengkap tak terasa kosong.

Selamat datang penghuni pertama

**iklan
*menulis sebab termengidam aiskrim vanilla :D
**Assalamualaikum

click ,click!