~penghuni ~ ^___^'

Saturday, December 10, 2011

classmatess yang GILA!

Assalamualaikum dan salam Hallo2 dari cik Yayanieqa comellagicute.


Suatu hari yang tenang, tetapi dengan jiwa yang kucar kacir dalam ke electric circuit, aku mulalah menular buat keje lain kat belakang kelas..JANGAN IKUT PERAGAI SYAITAN NI~
aku pun bagi surat cinta berantai kepada rakan2 ku.

sile la klik tu besar. 0.o

kertas suci dengan tulisan buruk itu di pass bersama stapler comel ku, dan mula di nodai setelah sampai ditangan lelaki2 rakus ==".
abis kalau korg tengok kat atas tu penuh ngn ubat2 stapler, kemudian ada ayat2 reply kat bawah tu paling xboleh bla.

1)anep dah bayar
2)arif pun dah bayar
3)nazmi =) dah bayar lame dah
4)waalaikumsalam
5)hai yayan...saya firdaus... :)
6)nak berkenalan........

 kemudian......di sebelah belakang!
tu dia nalla baik punya depa dok stapler segala macam, resit bank, kad MAA, bisunus kad, GAMBAR PASPORT ha! 
*wan rauf sorry la, xkan aku bg gmba tu. aku simpan buat pekasam karang.


BEU student sgtgila.

with u i smile, 
with u i laugh,
with u i cry,
with u i be a better person,
i keep telling this,
" i fall in love with all of u"
~keep this friendship forever peeps~
wewilltogetherinthisbattleuntilthelastbreath

bye!


Sunday, October 16, 2011

terima kasih anda

orang ingat lagi barang tu.
orang ingat la tu barang first orang bagi kat anda.
orang terkejut nampak barang tu masih diguna.
walaupun dah lusuh macam tu.
terima kasih sebab hargai pemberian orang.
orang ingat anda tak guna pun barang tu.
nanti orang bagi yang lain.

***********************************************~

#hargailah setiap pemberian orang, dan sebagai pemberi, berilah barangan yang terbaik yang mampu anda beri bukan hanya sekadar memberi tanpa ikhlas
#pemberian itu lahir dari hati bukan dari harganya
#barangan yang buatan tangan itu lebih nampak nilai yang anda betul2 bersungguh2 nak memberikan sesuatu kepadanya.
#penerima, kadang2 hadiah yang kita terima mgkin kita tak dapat guna mungkin sebab dia tak menepati citarasamu,jika pemberi bertanya,jelaskan secara baik..mungkin anda tidak pandai untuk menggunakannya,atau belum tiba masa untuk mengunakannya..
#ingat pemberi! jangan lah sentiasa berharap pemberian anda akan menjadi no 1dihati penerima.


ini lebih berharga
sekian
terima kasih kerana membaca.
(sy rase syg plak kat korg)

Wednesday, September 21, 2011

aku letih

letih.
aku letih dengan kerenah.
kerenah manusia yang mungkin letih juga dengan ku.

aku juga letih dengan kata2
kata2 dilontar bagai peluru
dan kadang2 boleh mencederakan hati...

perlukan perubahan..
cuba wahai kaum yang bernama manusia
terutama DIRIKU

Sunday, July 17, 2011

Marriage Troll : Kenapa Tak Perlu Hantaran Perkahwinan yang Mahal.

this is a entry respon to The Other Khairul blog ..entry nye sama dengan entry ini yaa...

Assalamualaikum.
sekadar kongsi xsalahkan.

yup kenapa perlu mahal2..kita kawin nak kongsi hidup kita dengan orang yang kita sayang..nak dinilaikan bertapa mahalnya kasih sayang bakal suami kita dengan duit hantaran ke..cinta biar sampai syurga..kalo lelaki nakkan perempuan yg pandai masak ..kalo kita dah dapat lelaki yang boleh menjadi imam kita dan memimpin kita..sanggup ke nak bebankan dia..if kaye tu..lets biar lelaki tentukan sendiri dia nak bagi berape...

bersanding pula, aku ade dengar 1 ceramah ni, Ustaz tu cakap..ramai lelaki dah dayus even 1st day kawin..dia membenarkan isterinya memperlihatkan tubuh badannya kepada orang2 luar.. Girls..kita kan macam gula2..(nak makan gula2 yg xbersampul then, oppss terjatuh kat atas pasir..nak?). lelaki nak kita hanya cantik untuk dia kan lagi bagus..its makes us so special to each other..so sweet~~ every moment kita akan jadi best moment until the last breath..kita kenang sume2 moment nak?
kalo kawin ape kate totally duit kita je..xpayah duit parent. lg bermakna walaupun simple.

isteri itu HAMBA? no.never. .perkahwinan itu perkongsian. sumenya kongsi...sume buat sama2..kan seronok, penat pun kurang, pahala sama2 dapat.
nak membesarkan anak pun sama2..baru anak akan seimbang didikan nya. dan mendengar kata2 suami itu tanggungjawab..perempuan senang je. tinggal taat je dengar suami,lelaki lagi besar tanggungjawab dia..perempuan xmampu  nk pikul tanggungjawab tu..so kita seimbangkan jugak part tu jugak..

sakit beranak ye..itu akan jd lagi 1 best moment even macam perempuan tu cakap 2nd paling sakit kn..weh..ade seorang baby akan lahir as kita punya hadiah perkahwinan yang terindah!

make up..janji kita nampak bersih dan kemas cukup laa...kecantikan semula jadi bukan lagi penting ke..janji nampak cantik di mata suami kita cukup laa,,

betul ape yang Mr. K cakap...mungkin ayah2 kita juga ade yang rasa mampu ke lelaki ni nak jge n tanggujawab atas anak dia ?dan membawa anaknya ke Syurga,,,

peringatan bersama. xde orang perfect..

Wednesday, July 6, 2011

learning.

time to learn
learn about life
learn about human being
how hard life could be
and
how human being is so complicated.


learn to be more matured
learn to appreciate other people
how hard to improve myself
and
how to appreciate other people work


learn to love my self
learn to love somebody
how to take care of my self
and 
how love can bring happiness


learn to shut my mouth up
learn to hear others word
how long can i do it
and
how to be good listener..


pengalaman adalah guru yang terbaik.

Saturday, July 2, 2011

Muhammad NorFaiz Razali

assalammualaikum.. :)
entry ni adalah khas untuk seorang insan yang telah meningkat umurnya setahun lagi..
kau dah 19thn..(well aku muda lagi~weeee...)

start kenal time form1 satu kelas  kejap..itu pon..doremonlah, kanak2 ribena lah n gaduh je bila masa terluang(aktiviti harian)haha...tapi pastu dia pindah..masuk SDAR..serius xpernah terfikir pun dia contact balik dgn berbekalkan no fon ayh aku..(maklum la dak kecik mana ade handphone) time form2 dy contct no ayh aku tu then amik no aku...
pastu kitorang pun kawan sampai sekarang and InsyaAllah sampai bila2..
time sekolah kitorang contact guna fon je...jarang jumpe...sampai sekarang...
sejak dia masuk PASUM,dia buzy gila...so aku un jejarang je contact dia...aku pun boleh tahan gak buzy..same2 la kite kan..
sekarang dah habis Pasum un, same je..jarang gak contact..ape g jumpe...aku keje...amacam SR kau??????haha...
Aku Rindu Kau weh!!hopefully dapat jumpe b4 sambung belajar la ea...

so semperna birthday ko ni..(sumpah aku xnak wish!)haha..
aku just dapat bagi entry ni kat ko tanda yang aku xde pernah lupa kat ko..
tanda terima kasih sbb jadi kawan aku..
dulu ko selalu tolong aku...sume ko tolong!
tapi aku dengar cakap ko kn ...soh berdikari...so sekarang Alhamdulillah...aku boleh berdikari...so xde la sebuk nk tanye ko ke ape..sampai aku kena marah la jugak sbb xkesah buat ape je pon sensorang..

kaulah sahabat,kawan,rakan,bro yang terbaik kat dalam dunia ni!!

p/s: 3rd july aku cuti...kalo setakt belanja muvi ke makan ke no hal la bro! or memandangkan aku ni kerja..kalo nak hang out ke ape ke, ckp je...aku boleh cuti...ea..

bye!

Sunday, June 19, 2011

PAPA

hari ini hari papa,
hari-hari saya sayang papa saya,
papa saya muka garang tapi hati cute,
papa saya suka cakap tak kena topic,
nanti saya, kakak dan mama akan gelak kan papa..haha,

papa saya dulu hensem,
papa saya suka cakap " ai artis korea je hensem? papa??"
saya akan jawab " dulu ye.skang tak"hehe

papa saya dulu keeper bola sepak,
hari-hari papa mesti tengok bola,
tapi cian anak dia semua perempuan, lemah cikit nak teman dy tengok bola,

saya anak papa saya,
kalau saya lama tak balik rumah(time study..)
hari-hari papa saya ngadu kat mama saya

papa tak boleh jauh dengan saya,
sebab tu dapat sekolah asrama un saya xdapat pergi..
macam mana kalau degree saya dapat U jauh..?
sabar ye papa..

saya pun sayang papa saya

semperna hari bapa!

love u pa..

Tuesday, June 14, 2011

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTVWXYZ

kadang-kadang aku terlupa,
kadang-kadang kau melintas sekilas difikiran,
dan terus diam di situ tak berganjak,
aku bukan jenis kacang lupakan kulit,
tetapi kekekokan bisa terselit antara kita..

jangan pernah kau terfikir,
aku hanya perlukan mu di kala kesusahan,
kerana kau juga ada di fikiran pabila kegembiraan menjenguk..

tetapi,
aku takut,
jika kehadiran ku bagai satu yang mengganggu dirimu.
kerana aku merasa fikiran mu bagai sedang dipenuhi sesuatu yang aku tak tahu...
oleh itu, maafkan ku jika ada kau terguris kerna ku..

kau,
kau sahabat ku,
teman dunia akhirat,
jangan putus hubungan kita ,
walau apa terjadi....




i'm really2 missing "U"


FRIEND.

Saturday, May 7, 2011

buat mama tercinta..


tepat jam 0005, hari Sabtu, 21 November 1992..
seorang bayi telah selamat dilahirkan oleh Normizan binti Bejo
diberi nama Zayani Atiqah...

Pn.Normizan bejo telah berjaya membesarkan bayi ini sehingga berusia 19 tahun ini...
segala kerenah budak nakal ini di layan je..

Mama...
terima kasih kerana telah membesarkan Yayan..
terima kasih sebab nyusukan Yan sampai umur 3tahun..
terima kasih sebab suap Yayan makan dari kecik sampai da BESAR camni...
terima kasih sebab sentiasa sokong apa pun Yan nak lakukan..
terima kasih sebab jadi sahabat Yayan dalam apa pun keaadaan..
terima kasih sebab jadi kaunselor Yayan ..
terima kasih sebab dah didik yayan sampai sekarang..

insyaAllah..yayan akan cuba jadi terbaik untuk MAMA..
di dunia dan di akhirat...



TERIMA KASIH MAMA!


&

SELAMAT HARI IBU
sayang mama ketat-ketat  =)

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Friday, May 6, 2011

what you give..you get back!


Assalamualaikum..

tajuk entry kali ini aku ambil dari salah satu Newton's Law..
lecture2 physics suka guna ayat ni..
rasanya dah ramai tahu pasal ayt ni,..

dengan adenye ayat ni, dan sekarang pun kita sedia maklum Allah s.w.t memberi balasan atas apa sahaja yang kita lakukan kat atas muka bumi Allah ni, akan dibayar secara CASH..

kalau ada orang kutuk kita belakang2 or sakitkan hati kita, cuba fikir balik..pernah tak kita lakukan benda yang sama?
segala rasa tak puas hati kita terhadap orang lain,,jgn pula nak melenting jika orang lain tak puas hati kat kita..
mungkin cara kita kena tu tak lah sebijik sejibik macam apa yang korang pernah buat kat orang lain..tp impak dia same je...semuanya melibatkan hati..dont worry...Allah tu maha adil..
so kalo kita nak yang terbaik untuk kita..kita lakukan lah yang terbaik dulu!
kalo nak orang hormat kita..hormati lah orang lain dulu baru hal tu boleh jd kenyataan..
lagi satu..kita pun kena lah hormatkan diri kita juga..
mmg kdg2 ade yg xpernah buat jahat kat orang lain tapi dia asyik disakiti...fikirlah secara positif, tu cuma dugaan yg menimpa korang..sebab Dia tahu, korang mampu menghadapi nya :)


ingatlah,pengalaman mematangkan kita!


When I learn to respect myself, other people will respect me. How can I develop respect for myself? By keeping my mind positive and encouraging myself to grow and change for the better. Demanding respect because of my position or background is simply arrogance. On the other hand, listening with humility and valuing other people's advice naturally earns me respect. I get back exactly what I give out."
~ Brahma Kumaris, Mt Abu

Monday, April 25, 2011

vlog~addicted~

Assalamualaikum....
blogging secara video?
WOW! sgt2 interesting...

kisah addicting aku bermula, apabila sedang membelek handphone salah seorang dari member kat KMJ time exam hari tu..(oi. bukan time dlm exam ye..)

aku: ape bende 'bukan semua cantik ni?'
mmbe: tengok la..best..

time tgk aku gelak je....hahaha..dan endingnya aku tersenyum..wah..aku suka~hehe..ade maksud yang tersirat and tersurat...terkagum kejap..
balik je rumah aku berjaya tengok semua video Matluthfi90  (owh lupe nak mention name dia..sorry!)dalam 1 malam! dia sangat best..sampai ayah aku tegur "gile ape gelak sensorg..".

pastu, aku terjumpa 1 lagi vlogger yang unggul di Malaysia...time tengah dok usha blog2 orang dalam  geng blogger!! fb..aku terbace pasal iniAnwarHadi and tengok video2 dia.. mereka best..mereka sayangkan Malaysia and Dunia...boleh kata...diorang sangat peka dan prihatin dengan keaadaan..video inianwarhadi plak ..ini bukan yang terbest tapi, aku suke sbb..well..ank muda Malaysia dah ramai tak ada semangat nak nyanyi lagu negara ku kan...ni untuk korang!


ade banyak lagi Vlogger yang aku jumpa...tp..ini adelah yang top dihati ku..harharhar~

ini pun best..aimanazlan90... ni video lastest dia r...


diorang bagi information dengan cara yang menarik..cara berdakwah yang hebat bagi aku..berhibur sambil beramal ;) nice kan..

aku salute diorang sangat2..aku xmampu nak buat macam diorang...
keep it up..!i will follow you~~


adios~

Friday, April 22, 2011

matriculation(part1) a day after matriculation done.


Assalamualaikum.
perasaan sangat bercampur baur...

starting to missing JMC's life..
~wake up early in the morning(not too early laa..)
~going to assembly everyday..
~wearing baju kurung everyday..
~the beautiful scenery from 4th floor of khawarizmi...
~going to tutorial class,lecture hall(sejook wooooo~), lab.....
~my roomate,,,
~my classmates,,
~my friends....
~my lectures.....
i miss jmc so much!!!!!!










model terunggul!




di atas merupakan pemandangan dri 4th floor khawarizmi...
cantik and unforgettable...
(sunset...cantik giler boleh x..)
burung..burung ape??

langit x selalu cerah..

kucing ni kecomelan dy..tahap gaban!haha

examination hall(library)

padang..musim bunga..cantikk...

a gift from khawarizmi felo(F stand for blok F laa..)

my placed..=='

my roomate placed..(see the different)ye..saya kurang rajin mengemas..

dapur bujang yang mmg dah nk di habiskan stok.

meja study..

haha..kumpul patung rakan2 ye..tebby nk kwn jgk kn2..

SubhanaAllah...syukur diberi peluang melihat keindahan alam dari kmj...

adios~


Monday, March 28, 2011

GEDIK

ini antara research mengenai gedik.

  1. gedikbp = tergedik-gedik lincah (bkn gadis);bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar;menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan spt kaki dll sewaktu mengelamun);kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. Kamus Dewan Edisi Tiga
nk taw lg, try bce forum ni..

2. Sekiranya kita dengar perkataan GEDIK, dalam otak kita akan ada dua makna:
a. Bagi yang baik hati, mereka akan nampak gedik ni adalah perlakuan manja yang comel. Dibuat oleh kanak-kanak. Kalau orang remaja dan tua gedik pun, di mata mereka, mereka nampak gedik itu tidak salah sebab gedik itu adalah perangai tersendiri seseorang individu.
b. Bagi yang melihat dari sudut lain, gedik dilihat sebagai perlakuan yang menyampahkan. Apa taknya, gelak "hik..hik..hik..", ala-ala control ayu. Lenggang lenggok yang sengaja dibuat-buat. Ibarat makyah baru lepas telan pil hormon lepas tu jumpa mat bangla hensem (hensem ke?). Yang lagi teruk akan mula buat muka macam penguin kutub...ingat lawa sangat ke tu. Siap pakai macam bini tarzan. Bila berjalan, dada diangkat dan punggung digoyang-goyang. Bila jumpa spesis jantan mula menggesel-gesel, suara ditahan-tahan konon macam lemak merdu. Yang peliknya, budak Gedik ni tak kira jantan jenama apa. Jenama laki orang ke, jenama pakai kopiah ke, jenama budak sekolah ker semua dia nak try MENGEDIK.
 
baca lagi? kat

3.gedik apa makna gedik... biasa banyak perempuan la yang gedik... dengan lentok badannya... dengan suara lembut menggoda... tapi lembut tak semestinya gedik... ada juga lembut yang lemah lembut... gedik pada aku adalah penggoda.... kalau perempuan dengan lelaki... kalau dia cakap tu lembut semacam jer... macam cakap dengan suami... lepas tu sengih2.. macam kera sumbang... be professional la sis... cakap dengan lelaki tegas la... jangan tunjuk kamu tu penggoda... nanti dia tertukar dengan GRO kan naye kamu....

bca lagi? 



yang ni pun smart..haha

bacalah...ilmu jgk an...




Friday, January 7, 2011

suara seorang perempuan

pada minggu lepas, sedang aku bergurau dengan rakan sekelas,aku telah menjerit sedikit kerana tangan ku dipijak salah seorang dari mereka (hanya kerana gurauan) kemudian, salah seorang budak lelaki kelas aku telah berkata sesuatu dalam bahasa arab (aku tak tahu apa maksudnya) tetapi kawan aku yang faham cakap..budak lelaki tu cakap suara itu aurat.. ini serba sedikit aku cari tentang suara itu aurat...

Hukum Suara Wanita



Assalamualaikum Wbt,,

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yg mengatakan tidak.Masing2 membawa hujah yg tersendiri.Namun dari pengamatan ana setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat,ada yg menggunakan hadith yg maksud sebenarnya lain.Spt;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "

Hadis ini tidak boleh diqiaskan utk mengizinkan wanita menyanyi.Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka....begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 10 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh....wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg ana simpulkan dr artikel2 dan buku yg telah ana baca.

Mengikut Hanafi;
Ianya tidak aurat,namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan laki2 yg ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Namun klu ikutkan zaman sekarang,golongan Wanita dh ramai yg berkerjaya dan terlibat dgn persatuan2 sosial dan kemasyarakatan.Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan.Jadi sukalah ana berpegang pada pendapat Imam Hanafi.

Berdasarkan dalil;
1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat,dan para sahabat mempelajari hukum2 agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yg menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yg dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan.Suara Wanita yg bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi xda hal yg mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.

    "Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)

Buat para wanita,mase berbicara dgn ajnabi,jgn nk tackle ayu la plak.Jadi wanita muslimah yg lembut tapi tegas.Halus tapi tidak lemah.Mase cakap tu jgn melencong ke arah yg xperlu. Nanti makin galak dan melarat sehingga timbul perasaan lain.Ni xbetul ni.

Sumber http://notamuslimah.blogspot.com/2008/12/hukum-suara-wanita.html

lagi satu

berikut adalah petikan dari ulama Syeikh Yusuf Al Qardawhi mengenai suara wanita dan aurat :

bagi golongan yang mengatakan suara wanita adalah aurat iaitu tidak boleh bercakap dengan lelaki selain suami dan mahram kerana menimbulkan fitnah dan syahwat merupakan pendapat tanpa dalil. Aku (Dr. Yusuf) tidak dapati ada dalil yang menyokong pendapat ini.

Tidakkah mereka perhatikan bagaimana isteri-isteri nabi dibenarkan bertanya di sebalik tabir. Lihat ayat 53 Surah AlAhzab :

“..Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir…”

Dan sesuatu memerlukan jawapan (soal dan jawab = dua hala). Dan inilah yang telah dilakukan oleh isteri-isteri Baginda apabila isteri-isteri Baginda di minta fatwa oleh para sahabat yang lain. Isteri nabi juga pernah di tanya oleh seorang lelaki ketika Baginda berada di hadapannya. Tetapi tiada halangan dan tegahan dari Rasulullah akan perkara tersebut. Bahkan terdapat kisah di mana seorang wanita menjawab khutbah Umar di minbar tetapi tidak di marahi oleh Umar malah beliau mempunyai serikandi tersebut dengan mengatakan

“Semua manusia lebih faqih dari Umar (diriku)”

Bahkan di dalam AlQuran menceritakan bagaimana seorang wanita anak kepada seorang Nabi berkata kepada Nabi Musa :

” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.

Mereka terus berbual :

“Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. [Al-Qasas 23]

Dan kita dapati perbualan di antara raja perempuan Saba’ bersama Nabi Sulaiman di hadapan umatnya. Dan hukum ini terpakai selagi tiada dalil yang memansuhkan hukum tersebut. Inilah pendapat yang tepat.

Apa yang ditegah dan di larang oleh Islam ialah menggoda di dalam kata-katanya iaitu suara yang boleh menaikkan syahwat lelaki. Islam menyebutnya dengan nama “alhudu’ bil qaul” iaitu menundukkan lelaki apabila berkata-kata. Firman Allah :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

[Al-Ahzab ayat 32]

Inilah yang ditegah iaitu menundukkan lelaki dengan berkata-kata sehingga menimbulkan syahwat. Dan jika ia berkata dengan yang baik tanpa ada unsur menimbulkan syahwat ianya di benarkan seperti saranan Firman Allah tadi iaitu :

“dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”

[Al-Ahzab 32]


teks penuh boleh dibaca di : Re: Gambar Muslimah

lagi........

Suara wanita menjadi aurat bukan kerana kuat, lantang atau perlahannya suara itu.. tetapi jika suara itu menimbulkan keinginan pada org lain yg mendengarnya, maka suara itu adalah aurat.. tak kira samada suara tu kuat, lemah atau keanak-anakkan pun.. perlu diingat, suara lelaki pun jika menimbulkan keinginan pada wanita yg mendengar juga adalah aurat.. konsep aurat matlamatnya mencegah jalan menuju zina.. pintu zina tu ada lima iaitu mata, hati, telinga, kulit (atau sentuhan) dan bauan.. mana-mana perkara yg menjerumuskan ke arah terbukanya pintu ke arah zina.. ia menjadi aurat yg perlu dijaga.. Wallahua'alam..


lagi.....


Suara perempuan bukanlah aurat menurut mayoritas ulama....karena sahabat semua mendengarkan pendapat Istri2 Nabi SAW demi mengetahui hukum2 agama..akan tetapi haram mendengar suara perempuan menyayi, atau berlagu2 walau tilawah Alquran disebabkan takut pada fitnah....(al-Zuhaili vol. 1 P. 755)...

So menurut aku, suara bukan aurat....tapi haram apabila ia menimbulkan fitnah, seperti menyayi.....jadi haram disebabkan oleh benda lain, bukan zat suara itu sendiri....



Wallahua'alam.........


lepas ni kena cakap tegas dengan lelaki!

click ,click!