~penghuni ~ ^___^'

Friday, January 7, 2011

suara seorang perempuan

pada minggu lepas, sedang aku bergurau dengan rakan sekelas,aku telah menjerit sedikit kerana tangan ku dipijak salah seorang dari mereka (hanya kerana gurauan) kemudian, salah seorang budak lelaki kelas aku telah berkata sesuatu dalam bahasa arab (aku tak tahu apa maksudnya) tetapi kawan aku yang faham cakap..budak lelaki tu cakap suara itu aurat.. ini serba sedikit aku cari tentang suara itu aurat...

Hukum Suara Wanita



Assalamualaikum Wbt,,

Segolongan orang berpendapat bahawa suara wanita itu adalah aurat dan ada golongan yg mengatakan tidak.Masing2 membawa hujah yg tersendiri.Namun dari pengamatan ana setelah menziarahi beberapa artikel berkenaan Suara wanita adalah aurat,ada yg menggunakan hadith yg maksud sebenarnya lain.Spt;

"Adapun dalil As-Sunnah, antara lain bahawa Rasulullah SAW mengizinkan dua hamba wanita bernyanyi di rumahnya (Shahih Bukhari, hadits no. 949 & 952; Shahih Muslim, hadits no. 892)."

"Pernah pula Rasulullah SAW mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah (HR. Tirmidzi, dinilainya sahih. Imam Asy-Syaukani, Nailul Authar, VII/119). "

Hadis ini tidak boleh diqiaskan utk mengizinkan wanita menyanyi.Kerana menurut pentafsir hadis, hukum bagi wanita hamba pada masa tersebut tidak sama dgn wanita merdeka....begitu juga Rasulullah sendiri mempunyai hukum yg khusus yang tidak dimiliki oleh org lain, seperti boleh memiliki 10 orang isteri manakala lelaki biasa tidak dibenarkan. Pentafsir hadis juga mengatakan wanita yang dizinkan Rasulullah bernyanyi itu adalah 'kanak-kanak' yang belum baligh....wallahuallam

Namun berikutnya adalah apa yg ana simpulkan dr artikel2 dan buku yg telah ana baca.

Mengikut Hanafi;
Ianya tidak aurat,namun diharamkan sekiranya dikhuatiri boleh mendatangkan fitnah sekalipun memperdengarkan ayat al-quran.

Mengikut Syafie;
Suara wanita adalah aurat dihadapan laki2 yg ajnabi samaada dikhuatiri terjadinya fitnah mahupun tidak.

Namun klu ikutkan zaman sekarang,golongan Wanita dh ramai yg berkerjaya dan terlibat dgn persatuan2 sosial dan kemasyarakatan.Kehadiran wanita dalam pembentukan insan sekarang juga diperlukan.Jadi sukalah ana berpegang pada pendapat Imam Hanafi.

Berdasarkan dalil;
1)Para isteri Nabi Muhammad SAW pernah berbincang dengan para sahabat,dan para sahabat mempelajari hukum2 agama daripadaNya.

2)Suatu hari tikamana Umar R.A hendak menentukan jumlah mahar,terdapat seorang wanita yg menolaknya dari sudut masjid seraya membaca firman Allah SWT.

3)Fatimah pernah menemui Abu Bakar R.A untuk berbicara mengenai hal yg dianggap menjadi haknya dan berdebat sesama mereka.

Dalil diatas menunjukkan bahawa suara wanita tidak aurat sekiranya masih berada di dalam batasan yg digariskan.Suara Wanita yg bernada rendah/mendesak/merayu/menggoda/lembut terhadap ajnabi ataupun didengari oleh ajnabi ianya haram.Selagi xda hal yg mustahak elakkan berbicara dgn ajnabi.

    "Maka jangan kamu tunduk dalam berbicara sehingga timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik" (Al-Ahzab;32)

Buat para wanita,mase berbicara dgn ajnabi,jgn nk tackle ayu la plak.Jadi wanita muslimah yg lembut tapi tegas.Halus tapi tidak lemah.Mase cakap tu jgn melencong ke arah yg xperlu. Nanti makin galak dan melarat sehingga timbul perasaan lain.Ni xbetul ni.

Sumber http://notamuslimah.blogspot.com/2008/12/hukum-suara-wanita.html

lagi satu

berikut adalah petikan dari ulama Syeikh Yusuf Al Qardawhi mengenai suara wanita dan aurat :

bagi golongan yang mengatakan suara wanita adalah aurat iaitu tidak boleh bercakap dengan lelaki selain suami dan mahram kerana menimbulkan fitnah dan syahwat merupakan pendapat tanpa dalil. Aku (Dr. Yusuf) tidak dapati ada dalil yang menyokong pendapat ini.

Tidakkah mereka perhatikan bagaimana isteri-isteri nabi dibenarkan bertanya di sebalik tabir. Lihat ayat 53 Surah AlAhzab :

“..Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir…”

Dan sesuatu memerlukan jawapan (soal dan jawab = dua hala). Dan inilah yang telah dilakukan oleh isteri-isteri Baginda apabila isteri-isteri Baginda di minta fatwa oleh para sahabat yang lain. Isteri nabi juga pernah di tanya oleh seorang lelaki ketika Baginda berada di hadapannya. Tetapi tiada halangan dan tegahan dari Rasulullah akan perkara tersebut. Bahkan terdapat kisah di mana seorang wanita menjawab khutbah Umar di minbar tetapi tidak di marahi oleh Umar malah beliau mempunyai serikandi tersebut dengan mengatakan

“Semua manusia lebih faqih dari Umar (diriku)”

Bahkan di dalam AlQuran menceritakan bagaimana seorang wanita anak kepada seorang Nabi berkata kepada Nabi Musa :

” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”.

Mereka terus berbual :

“Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. [Al-Qasas 23]

Dan kita dapati perbualan di antara raja perempuan Saba’ bersama Nabi Sulaiman di hadapan umatnya. Dan hukum ini terpakai selagi tiada dalil yang memansuhkan hukum tersebut. Inilah pendapat yang tepat.

Apa yang ditegah dan di larang oleh Islam ialah menggoda di dalam kata-katanya iaitu suara yang boleh menaikkan syahwat lelaki. Islam menyebutnya dengan nama “alhudu’ bil qaul” iaitu menundukkan lelaki apabila berkata-kata. Firman Allah :

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

[Al-Ahzab ayat 32]

Inilah yang ditegah iaitu menundukkan lelaki dengan berkata-kata sehingga menimbulkan syahwat. Dan jika ia berkata dengan yang baik tanpa ada unsur menimbulkan syahwat ianya di benarkan seperti saranan Firman Allah tadi iaitu :

“dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”

[Al-Ahzab 32]


teks penuh boleh dibaca di : Re: Gambar Muslimah

lagi........

Suara wanita menjadi aurat bukan kerana kuat, lantang atau perlahannya suara itu.. tetapi jika suara itu menimbulkan keinginan pada org lain yg mendengarnya, maka suara itu adalah aurat.. tak kira samada suara tu kuat, lemah atau keanak-anakkan pun.. perlu diingat, suara lelaki pun jika menimbulkan keinginan pada wanita yg mendengar juga adalah aurat.. konsep aurat matlamatnya mencegah jalan menuju zina.. pintu zina tu ada lima iaitu mata, hati, telinga, kulit (atau sentuhan) dan bauan.. mana-mana perkara yg menjerumuskan ke arah terbukanya pintu ke arah zina.. ia menjadi aurat yg perlu dijaga.. Wallahua'alam..


lagi.....


Suara perempuan bukanlah aurat menurut mayoritas ulama....karena sahabat semua mendengarkan pendapat Istri2 Nabi SAW demi mengetahui hukum2 agama..akan tetapi haram mendengar suara perempuan menyayi, atau berlagu2 walau tilawah Alquran disebabkan takut pada fitnah....(al-Zuhaili vol. 1 P. 755)...

So menurut aku, suara bukan aurat....tapi haram apabila ia menimbulkan fitnah, seperti menyayi.....jadi haram disebabkan oleh benda lain, bukan zat suara itu sendiri....



Wallahua'alam.........


lepas ni kena cakap tegas dengan lelaki!

click ,click!