~penghuni ~ ^___^'

Tuesday, December 16, 2014

belum tiba waktunya

kadang terlupa
kadang terbuai
kadang terhanyut oleh perasaan.

lupa apa yang harus aku lakukan.
bagaimana zayani atiqah sebenarnya

setiap langkah,
setiap zayani lakukan.
bagai ada satu rotan didepannya.

mahu kekanan. aku ditolak ke kiri
mahu kedepan dihalang bagai ada binatang buas depan.

aku lebih rela jauh,
supaya jauh dari murka Allah
jauh dari apa yang tak sepatutnya aku lakukan.

mahu yang dulu?
berikan situasi dulu padaku
jangan kau hiaskan dengan perhiasan moden di depan mata

bagi aku ruang.
biar boleh berpikir sejenak
boleh sistem ini di reset semula
oh bukan. tidak.
aku tak mahu memory aku hilang

setiap memori
masih segar diingatan,

setiap permasalahan.
masih disimpan di memori ini,
aku cuba buang semua.
tidak, ia masih disitu
bagai antibodi.
menghalang diri sendiri dari lakukan kesalahan yang sama.
haha,
dan aku makin hilang kau.

ada didepan mata,
ada disekeliling
tapi fikiran seperti di ruang angkasa

boleh aku biarkan kau lakukan apa kau mahu
jadi biar aku lakukan apa aku mahu.
argh jangan jadi bodoh zayani.
kau tahu Allah tak suka semua itu.

ikut hati mati
syaitan dan nafsu sedang berkerja keras
sedang cuba sedaya mungkin
meruntuhkan lagi satu dinding yang sudah lama kau pertahankan.

lawan. kau harus kuat.
sabar.
belum tiba masanya

niat kena betul
tujuan dan arah kena menuju kearah Allah
jangan matlamat menghalalkan cara

kuat zayani atiqah.
pegang rasa anugerah Allah ini
jika benar rasa ini dari Nya,
kau mampu.
kau kuat
kau boleh lawan si syaitan gemuk itu.
jadikan kau lagi gemuk darinya.
bila tiba masanya.
buat la apa kau mahu
apa yang selama ini terbuku..

cuma sekarang.
jangan dekat.
nanti aku lupa
nanti aku alpa.

mata-mata mula memandang sinis.
jangan timbul fitnah
takut kau lemah lalu jatuh untuk hadapinya.

pejam celik, pejam celik
semua akan berakhir
sekali lagi aku ingatkan kau zayani atiqah.
jaga tingkah laku.
jaga nama keluarga
jaga diri.
aku sayang kau zayani atiqah


yang benar,
yayan

No comments:

Post a Comment

click ,click!