~penghuni ~ ^___^'

Thursday, August 1, 2013

Langkah

Melangkah longlai
Bergetar lutut.
Aku cuba menghengsot kaki ini ke arah itu
Bagai ada rantai rakus menyentap aku untuk berhenti
Untuk aku berundur
Walau terjatuh menyembah bumi,
Tersungkur tercarik kulit kesakitan
Aku tak akan pernah berhenti

Terduduk aku sebentar
Merenung tajam ke lorong itu
Yakin masih ada cahaya
Aku cuba berdiri
Berdiri tegak mengumpul segala
Untuk melangkah terus

Aku akan berlari
Suatu hari nnt.

#Resam hidup anak jati
"Biar mati kerana mencuba
Bukan mati tanpa mencuba"

1 comment:

click ,click!