~penghuni ~ ^___^'

Sunday, September 15, 2013

Kusut

Dunia dan aku kian terpisah
Berdiri aku di depan mu
Tanpa nyawa
Tanpa akal
Tanpa jiwa
Hanya jasad.
Hanya wujud dari mata kasar.

Berkata-kata dari otak tanpa akal,
Sakit tanpa tapis
Tanpa fikir jiwa lain terluka.

Mendengar bagai sebuah mesin
Tak sempat larut dah jauh meninggalkan,
Lalu terkapai-kapai mencari logik.

Hati bagai celaru,
Otak bagai tepu, 
Aku tak mahu ini.
Aku tak mahu itu.
Aku mahu pergi jauh,
Tinggalkan rasa ini.

Aku bukan mahu lari
Aku mahu rasa ini hilang.

Allah. :(

No comments:

Post a Comment

click ,click!