~penghuni ~ ^___^'

Thursday, August 1, 2013

Sudut itu

Hati kata mahu
Hati kata rindu,

Tangan ku angkat menadah simpati
Di tikar sejadah memohon dari-Mu
Dosa aku ibarat gunung mencecah langit,
Layak kah aku meminta dari Mu?
Seringnya diri alpa dengan nikmat
Menagih ihsan hanya bila lemas.

Aku rindu sudut itu
Aku mahu jd yang itu
Tapi sakit dulu masih berdarah
Luka yang lama masih berbalut

Mungkin itu liku nya?
Allah kenapa baru ku sedar!
Bawa kembali aku ke jalan itu.
Akan ku tepis segalanya

Demi Mu
Demi Mu ya Allah

1 comment:

click ,click!